Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.
Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.
Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.
Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.
Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.
Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.
Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.
Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.
Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.
Apabila seseorang itu redha dgn kesakitan,
maka kesakitan itu akan menjadi pembersih dosa-dosanya Riwayat Bukhari-
Menuntut Ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
mencari ilmu adalah jihad. Al-Ghazali-
Cinta yg sejati ialah cinta yg tidak bertambah kerana kebaikan
dan tidak berkurang kerana kesalahan. Yahya bin Muaz-
Barangsiapa yang banyak perkataannya,
nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya Riwayat ABU NAIM-
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia
Abdullah bin 'Amr R. A-
yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH,
yang ringan itu SOLAT, yang tajam itu LIDAH. Al-Ghazali-
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah,
tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.
Rahsia Puasa
1.Ghaddul Basar.
Menundukkan pandangan
2.Hifzul Lisan.
Menjaga lisan
3.Kaffus Sami'.
Menjaga pendengaran
4.Kaffu Baqiyyatil Jawaarih.
Menjaga anggota badan yg lain
5.Alqasdu fil Ifthar.
Sederhana dalam berbuka
6.Alqalbu Baina Raja' wal Khauf.
Hati penuh pengharapan dan takut kepada Allah
+++++++++++++++++++++++++ .: Kalamku Mula Berbicara :. +++++++++++++++++++++++++
Wahai Rasul Ku Rindu Hikmahmu
Sahabat-sahabat,dengan nama Allah,mari kita..
Saling merapatkan,bukan merenggangkan
Saling mempersaudarakan,bukan memperseterukan
Saling mengilmukan,bukan menjahilkan
Saling menyatukan,bukan memecahbelahkan
Saling menyayangkan,bukan membencikan
Saling mempermudahkan,bukan menyusahkan
Saling mencerahkan,bukan menggelapkan
Saling menyelesaikan,bukan membebankan
Saling membijaksanakan,bukan membebalkan
Saling memurnikan,bukan mengeruhkan
Saling mensalihkan,bukan memfasikkan
Saling menggembirakan,bukan menyedihkan
Saling memuliakan,bukan menghinakan
Saling menguatkan,bukan melemahkan
Saling membinakan,bukan meruntuhkan
Saling meningkatkan,bukan menurunkan
Saling menguntungkan,bukan merugikan
Saling mengindahkan,bukan memburukkan
Saling menyedarkan,bukan memalukan
Saling membahagiakan,bukan mencelakakan
Saling mendoakan,bukan mela'natkan
Saling mentaqwakan,bukan memaksiatkan
Saling melembutkan,bukan menggarangkan
Saling menasihatkan,bukan menggelarkan
Saling mendamaikan,bukan menggawatkan